Aku pernah bertanya, Kenapa aku wujud di dunia, Sebagai manusia dan bukan binatang, Yang lebih bebas hidupnya, Seperti kucing dengan tidurnya, Seperti burung dengan sayapnya, Seperti ikan dengan lautannya,
Aku cari jawapan, Aku dipanggil orang yang berfikir, Aku menjadi orang yang bertanya, Aku mengerti darjatnya seorang manusia,
Manusia itu banyak tanggungjawab, Sesama manusia dan makhluk yang lain, Menjadi pembela pada yang nyata dan ghaib,
Manusia itu banyak kerenah, Manusia itu serupa tapi tak sama, Manusia itu juga tidak sempurna, Manusia itu penuh dengan sangsi,
Jadi aku ini manusia yang bagaimana? Adakah aku mampu memilih? Adakah aku mampu mengubah? Adakah aku ini mempunyai erti dan makna?
Jawapannya mudah, Yang penting kau berfikir dan bertanya, Sebab kau adalah golongan manusia yang sentiasa disebut, Tak salah kau mencari makna, Walau penat dan sukar dalam pencarian, Jawapannya itu ada,
Tiap kali aku pejamkan mata,
Dengar detak detik jantungku berirama,
Suara halus berbisik di dalam telinga,
Membawa aku berjalan jauh berkelana,
Beribu batu berjalan tanpa arah tuju,
Fizikal penat lelah berlari aku diburu,
Setiap langkahku janggal semakin kaku,
Kerap kali jatuh atas beribu paku,
Semakin aku meningkat usia,
Aku sedar banyak perkara tak sempurna,
Bukan semua manis madu bergula,
Yang tersirat tak kelihatan palsu belaka,
Berkali kali aku lelah dalam kehidupan,
Ke sana sini mencari perhentian,
Mengharap rahsia masa depan ku masih tersimpan,
Sebelum jasadku dipinta bumi, tamat ditelan.
Izinkan aku tulis sebuah puisi, Tentang rasa sakit yang menikam diri, Rasanya pedih menusuk ke hati, Walaupun sepatah kata, isinya kekal bak duri,
Kian lama kian aku cuba, Singkap inspirasi sembunyi dalam jiwa, Dalam ku gali masih tetap tak jumpa, Sampai dalam bukan telaga tapi derita,
Ku perasan bayang-bayang boleh menari, Bukan ikut tarianku tapi rentak sendiri, Ku yakinkan yang itu cuma imaginasi, Aku penipu, ini semua hipokrasi,
Luahan hati ini khas untuk diriku, Kalau pintar baca tambah irama dan lagu, Hobi harian bukan sekadar hujung minggu, Andai aku pergi nanti, janganlah merindu.
Biarkan berlalu semuanya sudah tentu,
Terguris, terluka dah deras berdarah,
Sesat dan meraba gelabah mencari pintu,
Bertompok hitam setelah hilang arah,
Gelisah dan resah mampat dalam hati merebah,
Pandangan yang luas kini semakin sempit,
Keluar di luar dihiasi senyuman tabah,
Mindanya berangan terbang ibarat pipit,
Kata-kata yang bernas ibarat peluru,
Menusuk ke hati tapi hati itu mati,
Hasratnya cuma satu, hanya ingin berguru,
Masa lapangnya kecut dan nasti,
Apa guna hidup lagi,
Kalau tinggalkan masa itu rugi.
Acap kali pandang ke langit,
Mata tertutup tidak ingin bangkit,
Rimas merayau atas kulit,
Bicara halus menggegar sengit,
Otak ke hati berdarah sakit,
Darah merah tidak kelihatan,
Bukan luaran tapi dalaman,
Takut risau makin menekan,
Merasuk jiwa halus bagai siulan,
Pujukan rayunya jadi dambaan,
Kesunyian ini menelan kelam,
Lebih luas dan hitam daripada malam,
Senyaring teriak seluruh alam,
Sedalam lautan tidak mampu diselam,
Menyelubungi tubuh yang sudah jatuh tenggelam,
Jiwa oh jiwa, hunuskan cinta,
Hilangnya bukan dipinta,
Perih ditolak tambah cerita,
Belum diluah tidak tercipta,
Tersedar bangun balasnya buta,
Apa lagi ingin diseru,
Hati ini sudah ditembus peluru,
Bolong kosong darah meluru,
Mukanya pucat tampak biru,
Sendirian makin kelat makin cemburu,
Racau kata-kata dalam hati,
Kacau jiwanya tidak berhenti,
Setiap langkah tiada erti,
Masa berlalu tiada ganti,
Selagi tidak bertemu sang gusti.
Gelap lambangnya malam,
Ibarat siulan kelam,
Hati itu batu tenggelam,
Hilang walau dalam ku selam,
Puisi ini cerita tentang diriku,
Makin hari penaku makin membisu,
Suaraku hilang lidahku semakin kelu,
Mindaku keras semakin membatu,
Yang mana akan ku sabit salah,
Yang bertanggungjawab buatku makin parah,
Yang buat resah hariku bertambah,
Yang buatku penat lelah tinggal jawabku pasrah,
Bukan aku tidak mahu kembali,
Bukan aku tidak mahu perasaan itu abadi,
Perperangan dalam diriku tiap hari makin menjadi,
Antara nilai dan alasan kesibukan diri,
Tidak perlu izin aku mahu pulang,
Sebelum jiwaku sesat dan terus hilang.